Seperti yang anda tahu teknik moving haiken menggunakan tiga indicator moving average dan satu indicator haiken. Indicator ini kita gabungkan ia menjadi satu teknik trading yang cukup berkesan dan mampu memberi profit yang agak luar biasa.
Namun begitu untuk menjadikan teknik ini betul betul berkesan anda perlu tahu pengunaan teknik ini dengan cara yang betul. Saya cuba kongsikan bagaimana cara menggunakan teknik ini dengan cara yang betul. Sebelum mengambil keputusan untuk melakukan buy atau sell perkara pertama yang perlu anda lihat adalah trend. Dalam teknik ini terdapat tiga trend yang perlu kita ambil tahu ia itu long trend, short trend dan current trend.
Long trend.(LT)Trend jangka panjang iaitu long trend adalah pekara pertama yang perlu anda lihat semasa melakukan urusniaga. Trend ini kita boleh lihat berpandukan kepada moving average LT (MA LT). Kita perlu tahu apakah trend sebenar dalam jangka masa panjang adakah up trend atau down trend.
|
Short trend.(ST)Setelah kita tahu trend jangka panjang pekara kedua yang wajib kita tahu adalah trend jangka pendak iaitu short trend. Dalam teknik ini kita boleh lihat trend jangka pendek berpandukan moving average ST(MA ST). Kita perlu tahu apakah trend jangka pendak adakah up trend atau down trend. Adalah lebik baik sekiranya kedua- dua trend LT dan ST menunjukkan sama arah. |
Current trend.(CT)Current trend adalah trend semasa yang mana trend ini teramat penting untuk kita tahu. Trend ini yang menentukan position yang perlu kita ambil buy atau pun sell. Sebaiknya biarlah ketiga tiga trend menunjukkan arah yang sama untuk mengurangkan resiko semasa melakukan urusniaga. Elakkan entry berlawanan trend semasa melakukan urusniaga. |
CARA TENTUKAN MASA YANG SESUAI UNTUK MEMASUKI PASARAN.Untuk entry atau masuk dalam pasaran pertama pastikan MA LT, MA ST dan MA CT menunjukkan arah yang sama. Setelah itu pada waktu yang sama pastikan candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA CT baru anda boleh entry. Untul entry SELL pastikan MA LT dan MA ST berada di atas MA CT dan candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA CT LOW. Untuk entry BUY pastikan MA LT dan MA ST berada di bawah MACT dan candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA CT HIGH |