forextrg
Image

Indicator Teknikal

Di halaman ini anda boleh mempelajari bagaimana cara para trader propesional menggunakan indicator teknikel seperti RSI, Parabolic SAR, WMA, BollingerBands, Zigzag dan MACD

 

ZigZag indicator      

 

Zigzag adalah merupakan salah satu indicator yang amat baik untuk digunakan kerana ianya dapat menentukan price terendah dan tertinggi yang akan dihasilkan oleh sesuatu currency pair. Indicator ini boleh membantu kamu untuk mengenalpasti keadaan pasaran terendah dan tertinggi yang akan dicapai sekiranya kamu mengaplikasikan penggunaannya bersama-sama dengan Fibonacci Retracement kerana kamu boleh menentukan hala tuju price dengan lebih mudah dan jelas pada setiap garisan fibo. Walaubagaimanapun di dalam bab ini saya tidak akan menyentuh penggunakan Fibonnacci Retracement kerana saya ingin menerangkan sejelas yang mungkin penggunaan indicator Zigzag. Didalam forextrg study group juga ada menerangkan penggunakan indicator ini. Gambarajah di bawah ini menunjukkan rupa bentuk carta apabila diaplikasikan dengan penggunakan indicator Zigzag.

 

SETTING

Langkah 1

Klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian CUSTOM kemudian ZIGZAG dan akan keluar box pada skrin kamu.

Langkah 2

Klik pada COMMON dan kamu ikut setting berikut:

Klik pada box ALLOW EXTERNAL EXPERTS IMPORTS

 

Langkah 3

Klik pada INPUTS dan kamu ikut setting berikut:

ExtDepth = 12
ExtDeviation = 5
ExtBackstep = 3

Langkah 4

Klik pada COLORS dan kamu ikut setting berikut:

0 =Red

Langkah 5

Klik pada VISUALIZATION dan kamu ikut setting berikut:

Klik pada box ALL TIMEFRAME dan SHOW IN DATA WINDOW

 

Untuk lebih jelas lihat video di bawa ini

 

 

KAEDAH PENGGUNAAN

Indicator Zigzag ini semamangnya dapat membantu kamu di dalam membuat keputusan untuk memasuki position dan mengetahui keadaan pasaran sama ada telah OVERBOUGHT atau OVERSOLD. Akan tetapi kamu tidak boleh dengan hanya mengharapkan penggunaan indicator ini semata-mata tanpa merujuk pada indicator yang lain. Jadikan indicator ini sebagai asas untuk menentukan aras pasaran terendah dan tertinggi sahaja. Jangan menggunakan sebagai indicator penentu kemasukan position yang utama. Kamu perlu mengaplikasikan asas penggunakan teknik ini bersama-sama dengan indicator lain yang akan di terangkan di dalam bab seterusnya. Saya akan menerangkan bagaimana keadah terbaik untuk menggunakan indicator ini seperti gambarajah di bawah:-

 

OPEN SELL POSITION

 

  • Untuk membuka SELL position kamu perlu rujuk pada price terakhir tertinggi yang dijejaki oleh Zigzag.
  • Pastikan garisan Zigzag telah terbentuk pada price tertinggi sebelum membuka SELL position
  • Berikan perhatian dengan melihat rupabentuk candelstick bullish yang terhasil pada Zigzag price tertinggi
  • Apabila berlaku perubahan rupabentuk bullish candlestick kepada bearish candlestick barulah kamu membuka SELL position dan pastikan Zigzag price tertinggi ini terhasil lebih tinggi dari price Zigzag sebelum atau sama. Sila rujuk gambarajah di sebelah.
  • Jangan sesekali memasuki SELL position di pertengahan trend.
  • Apabila kamu telah membuka SELL position kamu boleh mengambil keuntungan apabila currency pair itu turun sehingga 50% dari trend bullish sebelumnya.

OPEN BUY POSITION

 

  • Untuk membuka BUY position kamu perlu rujuk pada price terakhir terendah yang dijejaki oleh Zigzag.
  • Pastikan garisan Zigzag telah terbentuk pada price terendah sebelum membuka BUY position
  • Berikan perhatian dengan melihat rupabentuk candelstick bearish yang terhasil pada Zigzag price terendah
  • Apabila berlaku perubahan rupabentuk bearish candlestick kepada bbullish candlestick barulah kamu membuka BUY position dan pastikan Zigzag price terendah ini terhasil lebih rendah dari price Zigzag sebelum atau sama. Sila rujuk gambarajah di sebelah.
  • Jangan sesekali memasuki BUY position di pertengahan trend.
  • Apabila kamu telah membuka BUY position kamu boleh mengambil keuntungan apabila currency pair itu naik sehingga 50% dari trend bearish sebelumnya.

 

PERHATIAN YANG PERLU DIAMBIL

Zigzag ini ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Untuk mengelakkan dari permasalahan saya syorkan kamu tidak menggunakan indicator Zigzag ini bersendirian. Kamu boleh menambah dengan penggunakan indicator-indicator lain yang diterangkan di dalam website ini bagi menambah baik dan keberkesanan urusniaga kamu. Sekiranya kamu tidak mahir dan memahami keadaan indicator ini boleh menyebabkan kamu boleh melakukan kesilapan seperti mana saya nyatakan pada gambarajah di atas. Setiap trend ada ketikanya kita akan dapat dilihat seperti akan berlaku perubahan trend yang besar dengan perubahan candlestick akan tetapi berlaku SIDEWAY seperti gambarajah di atas. Ini yang menjadi kerunsingan dan kesilapan kepada pelabur sekiranya menggunakan indicator ini sahaja tanpa menilai indicator lain kerana kejituan dan kepekaanya boleh disalah tafsirkan. Oleh yang demikian, saya syorkan kamu menggunakan indicator lain digabungkan dengan indicator ini seperti Stochactic, RSI14, RSI3, dan MACD. Bagi mengelakan sebarang permasalahan kamu dinasihatkan menggunakan Zigzag ini pada TIMEFRAME yang lebih besar seperti H1, H4, D1, W1 dan MN. Di bawah ini saya senaraikan apakah kebaikan, keburukan dan kaedah terbaik untuk memaksimakan penggunakan teknik ini:-

Masuk position SELL setelah terbentuk garisan price tertinggi pada Zigzag dan pastikan berlaku perubahan trend pada candlestick bullish kepada bearish dan pastikan juga price tertinggi yang terhasil itu melebihi atau menyamai price tertinggi sebelumnya.
Masuk position BUY setelah terbentuk garisan price terendah pada Zigzag dan pastikan berlaku perubahan trend pada candlestick bearish kepada bullish dan pastikan juga price terendah yang terhasil itu melebihi atau menyamai price terendah sebelumnya
Mengambil profit setelah kamu merasakan SELL atau BUY position kamu telah menjejaki 50% price terendah atau tertinggi sebelumnya.
Jangan sesekali memasuki position SELL atau BUY di pertengahan pasaran kerana pada peringkat ini ada kemungkinan berlaku perubahan trend secara mendadak.
Jangan sesekali bergantung harap pada Zigzag semata mata dengan tidak mengambil kira indicator lain.
Pastikan kamu merujuk pada TIMEFRAME bagi mengelakan sebarang kesilapan semasa memasuki treng. Mulakan dari TIMEFRAME besar dan kebawah. Contohnya MN, W1, D1, H4, H1, M30, M15, M5 & M1.
TIMEFRAME terbaik boleh dijadikan sebagai rujukan adalah W1, D1, H4 dan H1.
Akhir sekali yakin dengan keputusan position yang telah kamu masuki dengan mententerankan diri kamu dari kamu dari berlaku pergolakan di dalam jiwa. Ikut dan yakin indicator yang kamu gunakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca Seterusnya...Bagaimana kegunaan indicator RSI