Pada kesempatan kali ini saya akan berkongsi bagaimana cara ingin masukkan template Moving haiken pada chart MT4 versi terbaru. Dengan adanya template ini anda tidak perlu lagi seting moving haiken satu persatu. Ini kerana template ini saya telah pun setting daripada Time Frame M1 hinggalah ke Time Frame MN. Apa yang perlu anda buat hanyalah masukkan template ini ke dalam Meta Trader4 anda. Cara untuk masukkan template ini anda boleh ikut langkah seperti berikut:-
Sebelum anda masukkan template ke dalam meta trader 4. Anda mestilah ada satu file template yang saya berikan secara pakej. Anda boleh dapatkan template moving haiken secara pakej di sini. Setelah anda dapatkan file tersebut langkah pertama yang perlu buat adalah buka meta trader 4 anda klik pada File => Open Data Folder => template dan anda copy file template dan anda paste. Lihat gambarajah di bawah sebagai contoh.
Setelah anda paste file tersebut, langkah seterusnya anda klik pada template di sebelah atas kanan meta trader 4 anda dan anda akan dapat lihat terdapat template moving haiken di situ. Jika tidak ada anda cuba tutup meta trader 4 anda dan buka kembali atau anda boleh juga refresh Meta Trader 4 anda dengan cara klik mouse anda sebelah kanan dan klik pada refresh. Lihat gambarajah di bawah sebagai contoh.
Kini telah selesai anda masukkan template moving haiken ke dalam meta trader 4 anda. Anda tidak perlu ubah apa-apa kerana template ini telah siap saya teating dari Time Frame M1 hinggalah ke Time Frame MN. Ini untuk memudahkan para trader moving haiken menggunakan teknik ini. Semoga Maju Jaya.
Serupa

Pengenalan Teknik Trading Moving haiken
Moving Haiken ialah satu teknik trading yang dihasilkan dari enam gabungan indicator moving average dan satu indicator heiken ashi. Kebiasaan indicato...

Masa Yang Sesuai Enter Position
Untuk open buy position pastikan MA LT berada di bawah MA ST dan MA ST berada di bawah MA CT. Begitu juga jika ingin open position sell pastikan MA LT...
Berita terkini

Lima cadangan untuk pelabur emas
Selama beberapa dekad, emas telah dianggap sebagai aset tempat paling selamat yang terbaik. Pelabur sering memilihnya berbanding logam berharga ...

Lapan sebab utama kenaikan harga emas
Kebanyakan pakar menganggap emas sebagai pelaburan dan insurans yang baik terhadap kerugian dalam pasaran kewangan global. Ia masih merupakan aset ...